Wednesday, April 14, 2010

sem break

biasanya,commonly,generally,usually kalau sebut pasal cuti ni,fuhh mmg best.terbayang2 aktiviti yang nak dibuat.makan tidur makan tidur atau nak melepak dgn kawan2 ataupun tak buat apa2.bertapa dalam gua atau sebagainya.

mmg aku suka sem break.

tapi sem break kali ini aku x berapa suka.menyampah pun ada.takde satu pun perkara di atas yang aku buat.aku mmg tak selesa kalau duduk diam and doing nothing.hari2 rutin sama.keluar dgn awek pun tidak.dgn kawan pun setakat yg dekat2 dgn rumah je. yg hari2 aku tgk muka sampai hilang nafsu lelaki aku.tak sabar aku nak sambung belajar balik dan jumpa orang2 yang aku suka jumpa.

dah,aku nak cuti julai ni semua kawan2 yg di uitm ke poli ke ape ke,semua balik.tak kira la cuti ke tak ke.balik je.aku nak korang ikut taqwin cuti uniten.faham.xde la aku keras kt sini

Thursday, April 8, 2010

Saturday, March 20, 2010

Thursday, March 18, 2010

Monday, March 15, 2010

Thursday, March 11, 2010

bawak bersaba.

lately aku sibuk.sibuk dgn battle band,exam,quiz dan yg paling penting,orang penting aku datang muadzam.itu yg paling buat aku sibuk.bila betul2 free aku akan bercerita panjang di sini.








aku tak tahu la kenapa,aku cuba untuk menulis sebaik dan se-serius mungkin tetapi ada pembaca yang gelak guling2 membaca.tak faham aku.haihh aimi dgn ina ni.

Monday, February 8, 2010

perempuan ini ibarat makanan.

ini pada perumpamaan aku.kamu semua jangan salah tafsir dan maki2.bila aku fikir balik.memang betul.begini,makanan(perempuan) ini ada berbagai jenis.jika nasi lauk ikan keli dengan ulam pucuk paku cicah sambal belacan maka ianya sahlah berbangsa melayu. jika makanan tersebut capati dengan kuah dal maka sahlah ianya berbangsa india.

ok,ianya berjenis apa itu tidak penting.sekarang ni aku nak menjelaskan kenapa aku sesedap mulut busuk aku ni nak menyamakan perempuan ini(tidak merujuk kepada sesiapa) dengan makanan? sebab ia sedap ka?sebab berbau wangi ka?sebab lepas kunyah2 masuk perut kemudian keluar jadi ikan koi dalam mangkuk toilet ka?


.....

haa mungkin ya ataupun mungkin bukan.

sebenarnya memasak makanan ni susah.prosesnya lama.salah tumis,salah cubit garam tak sedap pulak rasanya.adunan lengkap dan kena semua betul dan mestilah segar.salah masak nanti mungkin dibuang atau tidak dijamah.

tu proses memasak.pandai2la kamu semua samakan.sekarang proses menghidang.susunan kemas,lengkap segala nasi,lauk pauk,ulam sayur dan tak lupa air basuh tangan di atas meja.lauk pauk itu pula dihias dengan tomato sepotong dua,timun sepotong dua bagi menaikkan selera dan macam2 lagi hiasan makanan yang aku tak berapa tahu.yang aku tau ngap masuk mulut.jika makanan itu belum lagi sedia dimakan,jangan lupa tutup dengan tudung saji.ini penting.makanan yang talah cantik tadi mestilah dipelihara dengan baik supaya tidak kotor dan tercemar ataupun diintai mata2 liar seperti mata kucing liar.kalau kucing parsi boleh tahan lagi sebab nak panjat meja pun tak berapa nak larat.bab tudung saji ni yang paling penting.cuba bayangkan makanan tadi tidak dilindung oleh tudung saji?


pertama,risiko dipatuk atau diusik atau dicuri oleh burung.bagaimana burung boleh masuk ke dalam rumah,itu pikirlah guna kepala otak sendiri.

kedua,risiko dipatuk atau diusik atau dicuri oleh kucing liar.

ketiga,risiko yang sama tetapi oleh hanya kucing parsi.

keempat,makanan tadi mungkin akan sejuk atau lemau.jika dibawah tudung saji sedikit sebanyak boleh mengekalkan kepanasanya.

setelah itu yang paling penting pastikan makanan itu dimakan oleh mulut yang betul dan sesuai.contohnya salleh yaakob tak boleh makan manis2 sebab nanti mudah menghidap kencing manis.aku ulangi itu contoh.


sudahlah,penat aku nak berkias-kias dengan kamu semua.di sini aku hanya nak menjelaskan tentang risiko2 di atas secara terus.burung yang aku maksudkan ialah lelaki-lelaki gatal yang menggangu perempuan kamu tak kisahlah siapa perempuan itu bagi kamu tetapi yang penting adalah perempuan milik kamu.gangguan dari burung2 ini tidak begitu serius seperti mana burung mengganggu makanan dengan hanya terbang,singgah,cubit sedikit dan pergi.mungkin mereka mahu test power makanan tersebut.haha.lelaki begini akan selalu kamu jumpa di jalanan mahupun di facebook.ayat biasa mereka,hai,u ni comel la.mintak alamat rumah boleh?
tidak mengapa,kategori burung adalah perkara biasa.

kucing parsi?mereka ini adalah golongan lelaki yang suka manja2 dan geli2.bukan untuk tujuan serius.hanya nak mengada2.maklumla,mereka ada rupa,comel,gebu dsb macam kucing parsi,jadi mulalah nak mengada2 dengan perempuan anda.istilah yang murid darjah 6 pun tahu ialah skandal.berjaga jaga.tahap bahaya semakin meningkat.segera dapatkan tudung saji!

kucing liar?huhhh,tak perlu aku terangkan pun aku rasa kamu semua dah dapat bayangkan.sekali dia dapat ngap ikan keli kamu yang masih panas tu.sudahlah.babai sajalah tangan kamu tu kepadanya.tah kemana ceruk dia bawak untuk makan sorang.jika ada kucing lain yang ingin berkongsi,maka parutlah muka kawan tu kena kuku 3 baris dia.nampaknya dia begitu bersungguh untuk mendapatkan makanan tu walaupun dengan apa cara sekalipun hinggakan sanggup bertenggek di bumbung rumah untuk mendapatkan peluang terbaik untuk ngap.jadi,jika,jika ok.jika perempun milik kamu terlepas pandang dan telah di ngap oleh lelaki yang memiliki ciri2 seperti kucing liar ini atas kecuaian kamu,sudahlah.alamat tinggal tulang ajalah.










-aku ada masalah sekarang ni.perempuan milik aku menghilang tanpa ku tahu kemana dia hilang.siapa jumpa tolong pulangkan.tolong.resah aku.entah2 diculik king kong yea dak.king kong xpe.dia x makan.paling kuat dia ikat kat pokok kemudian dia aum aum aje.jangan kucing liar sudah.tinggal tulang jawabnye.