Monday, October 11, 2010

pertelagahan

lama sangat dah aku tak menulis.tapi hari ni aku tak dapat lagi nak bendung perassan aku ni,aku tak mampu lagi nak simpan segala yang terbuku seorang diri.aku terpaksa luahkan di sini.

semalam merupakan hari yang paling teruk bagi aku.aku bertelagah besar.bertekak sampai aku sendiri pun tak tau apa yang sedng aku cakapkan dan apa yang kami bincangkan.kepala aku serabut tambah2 lagi bila di push2.memang aku tak boleh nak kawal keadaan.berbagai2 isu yang timbul sampai kadang2 aku yang tak terjawab.

memang aku akui aku bersalah dalam hal ni,aku gagal nak bagi kata putus,aku gagal nak but keputusan dan aku juga tak mampu nak bagi penjelasan.

aihh banyak betul perkataan gagal.terasa macam loser la pulak.

kau memang baik,kau terlalu baik bagi aku.susaha ku nak gambarkan dengan kata2.selama aku kenal kau,kau sanggup buat macam2.kalau nak diceritakan di sini memang tak cukup ruang.
tak mengapa,niat aku menulis kali ini adalah untuk bercerita tentang perkara yang lebih penting.cukup penting bagi aku.

dalam tahun ini,macam2 terjadi.aku tahu semuanya memang salah aku.akulah puncanya.aku tahu kau banyak bersabar.aku susun sepuluh jari mohon ampun atas semua yang aku buat.aku menang tak sengaja.aku akui aku pernah bagi berbagai2 alasan.itu lah ini lah.tapi itu semua rakaan yang keluar dari mulut.bukan dari hati.

tolong jangan menganggap diri sebagai perempuan simpanan lah apa lah.istilah itu tiada kaitan langsung.

sebenarnya apa yang aku ingin jelaskan di sini adalah aku sangat2 tidak berniat nak menghina apatah lagi nak melukakan perasaan kau.aku bersumpah yang aku tidak berniat lansung untuk bermaksud begitu.apatah lagi untuk menipu kau.

tahla aku tak tahu nak jelaskan begaimana.yang penting sekarang ni aku rasa bersalah yang melangit.kalau kau nak membenci aku,nak mencaci aku atau apa sekalipun,buatlah.aku terima dan memang aku patut terima.tapi aku amat amat berharap tolong lah jangan membenci aku atas penghinaan yang kau anggap aku lontarkan.aku tidak berniat lansung untuk menghina.aku tidak sekejam itu.aku memang layak dibenci.ini sahaja yang aku pohon sekarang ini.dan mungkin akan datang aku memhon keampunan pula darimu.

Saturday, August 14, 2010

kisah puasa budak 9 tahun.

dulu aku masa kecik2 memang nakal.tidak mampu aku nafikan.tanya lah sesiapa ahli keluarga,semua setuju yg dulu aku ni nakal dan tangan tak boleh diam.usik sana usik sini.kuat meropeh kata orang perak.



tapi aku bukan nak bercerita pasal nakal,aku nak cerita pasal puasa budak 9 tahun.dulu aku ingat lagi ungkapan puasa yok yok,tengahari bukak periuk.masa aku kecik bdak2 sebaya aku suka puasa setengah hari.kemudian besok sambung lagi setengah.jadi dalam sebulan dapat la berpuasa 15 hari penuh.budak2 apa tau.pandai2 buat undang2 sendiri.tapi aku dulu tak macam tu,aku tau mau mengalah.aku x puasa setengah hari.aku puasa penuh tapi dalam diam aku 'bukak periuk'.teknik2 aku' bukak periuk' tu berbagai2.semua aku cuba.kadang2 bila di ingatkan balik memang kelaka.tergelak sorang2 dibuatnya.

teknik pertama,aku pernah bawak seikat rambutan masuk bilik aku di atas.merah2 rambuta tu.kecur air liur aku masa tu dan masa aku tulis pos ni.kemudian satu2 aku makan.bila aku makan,aku yang terlalu smart ni buang kulit keluar tingkap.gelojoh sangat.nk berfikir dgn bijak pun tak reti dah.kemudian dengar suara ayah ku tegur dari bawah.

"man ape kulit rambutan terbang2 ni?"



teknik kedua,paling efficient bila dah nak hampir raya.masa tu mak dgn akak2 semua sibuk buat kuih raya.aku pun tolong sekali.dulu masa aku kecik kuih yang paling kami suka buat tiap2 tahun ialah kuih mazola dengan kuih kacang.tapi bila post mortem dibuat bila raya habis,kuih mazola paling cepat licin berbanding kuih kacang.peratusnya ialah 80% pada kuih mazola dan 40% kuih kacang.bermakna kemenangan berpihak kepada kuih mazola.err,tau ke kuih mazola?
kuih ni cuma kacang hancur dicampur dgn minyak mazola.mak aih masa jerawat belum naik dulu satu balang steady aku sental sorang.

ehh ya allah mane teknik "bukak periuk" budak sembilan tahun yang aku nk cerita ni.ok,semasa proses membuat 2 kuih ni lah aku gunakan kesempatan sebaiknya.semasa proses membuang kulit2 kacang ni lah waktunya.kacang tadi kulitnya aku masukkan ke dalam bakul tapi kacangnya aku masukkan ke dalam mulut aku dgn penuh berhati2.bila cukup 10 biji dan mulut pun dah penuh,aku pergi tempat lain dan kunyah.tapi sepandai2 tupai melompat jatuh juga ke atas wayar tnb.kakak aku dapat menghidu ape yang aku buat dan sudah tentu dapat menghidu bau kacang di dalam mulut aku.di jerkahnya aku.aku pun apa lagi,lari keliling rumah sambil x mengaku.




teknik ketiga,...dahla,penat nk manulis.aku akan sambung kemudian.sekarang aku nak pergi bazar.kalau lambat nanti nasi kukus akak ketiak seksi habis pulak.

Friday, August 13, 2010

orang bijak.

orang bijak ini biasanya dia tak banyak cakap.biasanya mereka ni diam sahaja dan suka memerhati.kalau bercakap pun mereka akan ungkapkan perkara2 yang berfaedah dah bertujuan.bukan sembang kosong macam di kedai2 kopi.bukan aku nak kata orang yang melepak di kedai kopi ni biasanya bercakap kosong,ada juga di antara mereka yang bersembang hal2 berkaitan kempen banci,hal2 berkaitan parliment dan juga kes video clip ariel peterpan.aku paling tak suka kalau orang yang main2 bila aku bercakap mengenai perkara serius.




tapi,orang bijak juga suka menulis.tapi bukan penulisan sampah macam aku ni.

menyesal tak sudah.

pagi tadi,aku telah pun selesaikan satu exam yang aku rasa paling palat sekali aku pernah buat.memang palat sungguh.
barisan2 soalannya tidak lah susah mana,cuma aku ni yang sengaja mencari punca.memang aku menyesal tak sudah.sekalipun aku dapat tau tarikh exam agak lewat tapi aku rasa tempoh 24 jam pun dah terlalu cukup utk aku cover hanya 3 chapter yang masuk.


tapi,disebabkan aku ni agak bengap,pukul 5 pagi merangkap 4 jam sebelum exam baru nak buka nota.tu pun lepas bangun sahur.




apa ni chun apa ni.come on la.dulu masa sekolah rendah cita2 bukan main lagi nk jadi jurutera la ahli fizik la ape la.
tapi kalo perangai begini ahli magik pun tak dapat.ahli kubur mungkin.

Saturday, July 24, 2010

akhirnya.




akhirnya aku jumpa juga kasut ni.lama betul aku cari.merata tempat aku cari.last last aku jumpa dekat kedai kasut cina lama di kampung aku.haihhh.bila aku tanya kat forum,ada yg kata kne bli kt indon sbb da x jual kat malaysia la ape la.aku mula minat kasut ni sbb aku pernah nampak apek tua kerja kontrak pakai.dalam hati aku kata,kenapa la apek ni pakai kasut yg cool cmni kerja kontrak.haha






kasut ni murah ja.tapi dia vintage dan lawa.tu je sebab aku suka.nak kata kualiti,memang out.2 bulan pakai kompom barai.


rupanya kasut ni pun ada fan club.tekejut aku.

Monday, June 28, 2010

iklan am.

banci penduduk dan perumahan akan bermula minggu depan.kalau kamu semua bengap sangat x tau,tv x tengok,paper x baca.sini aku ingatkan.

jadi berilah kerjasama yang sebaiknya untuk memudahkan urusan pembencian.haha

kau kata

kau kata,cinta perlukan akal.
tapi bila aku gunakan,kau yang menyangkal.
bagaimana nak kekal.


kau kata,cinta gunakan minda.
tapi bila aku gunakan,kau yang tak percaya.
bagaimana nak bahagia.