Friday, October 23, 2009

hasrat murni.(ape title baku mcm bajet 2010 ni)

tama ni pun dah cukup cantitt sgt.

yang ini kool juga.tp elecrtronic.x puas.membazir karan.

dah lama aku inginkan, pendamkan hasrat aku ni.da bersawang pun dia dalam kepala otak ni.tapi,macam2 rintangan satu persatu dtg menghalang.

aku akur.mungkin xda rezeki lagi.x mengapa,ada ubi ada pringles.

sebenarnya aku nak buat vlog.yang ala2 maca dlm cerita impianku tu.yg x habis2 promote shampu sunsilk tu.sampaikan dalam kedai makan ada jual sunsilk.kak wardina,nanti tukar ya.tapi aku tidaklah sejambu itu,aku adalah agenda sendiri.byk idea dalm kepala dongga aku ni.cuma perlu masa yg sesuai untuk dihambur.

itu keinginan pertama,keinginan kedua aku nak cover drum sound utk lagu2 luar yg berkualiti/faveret aku by video shot.tetapi kualiti bunyi yang baik dan set studio khas.faham murid2?ke saya ni tgh syok sendiri?(fuhh aku sesuai jadi cikgu,pandai berkomunikasi 2 hala dan menggunakan bahasa baku.)

ok mcm ni,video tersebut mungkin aku akan upload di youtube atau blog.dalm video tu part drum sahaja yang aku main manakala part lain tuan punya lagu sebenar.dalam video tu aku akan shot camera di setiap sudut penting.atas,sisi dan depan.prop pula adalah putih/cerah/jelas.tujuan aku buat semua ini bukan nak show off atau poyo macam-aku-seorang-ja-yg-tahu-ketuk-drum.tidak sama sekali.cuba baca balik title di atas,aku mahu buat seolah ia macam tutorial selain utk aku berlatih dan dijadikan rujukan utk beginner.maklumlah,aku pun main bukan sempurna sgt.baca kod pun x reti.itulah sebabnya dibuat dalam bentuk video.

tapi,kenapa x record dalam form of band aja?haaa,malas aku nak cerita,nanti panjg meleret korang pun malas nak baca kan.

aku teringin sgt beb.

masalahnya,yg pertama,mana videocam?mana studionya?takkn nak ubahsuai bilik tidur dan buat dalam tu.x boleh,aku nak buat banyak,nak cover semua jenis lagu.kena cuba segala macam lagu dari dangdut ke teraskeras(hardcore).kemudian mana drumset nya(apalah malang aku ni,benda basic mcm ni pun x mampu)?

ada sesiapa yang boleh tolong merealisasithedon-kan hasrat aku ni.anyone?aku rasa nanti kalau dan ada anak 3 dan dah ada duit lebih utk beli semua ni baru aku boleh buat.masa tu tgn pn dah ketar2,perut dah boroi.nak main drum sambil bukak baju pun dah segan.nanti masa tu aku tgh record,anak aku main lari2 depan camera kene kejar dgn eym.dia panjat2 drumset roland aku.jgn nak jangan,ayah buat dabel pedal karang.haha.comel juga tu kan.



so kalau jadi la suatu hari nanti apa yg aku inginkan ni,jgn terkejut lah kesemua video aku jaditop search dan dapat rating tinggi di youtube.bukan redtube ya.kemudian aku akan namakan CHUN'S DRUM PROJECT.



tapi bukan the lucky laki.anyway tahniah ahmad dhani.baka kamu bagus .

1 comment: