Saturday, August 14, 2010

kisah puasa budak 9 tahun.

dulu aku masa kecik2 memang nakal.tidak mampu aku nafikan.tanya lah sesiapa ahli keluarga,semua setuju yg dulu aku ni nakal dan tangan tak boleh diam.usik sana usik sini.kuat meropeh kata orang perak.



tapi aku bukan nak bercerita pasal nakal,aku nak cerita pasal puasa budak 9 tahun.dulu aku ingat lagi ungkapan puasa yok yok,tengahari bukak periuk.masa aku kecik bdak2 sebaya aku suka puasa setengah hari.kemudian besok sambung lagi setengah.jadi dalam sebulan dapat la berpuasa 15 hari penuh.budak2 apa tau.pandai2 buat undang2 sendiri.tapi aku dulu tak macam tu,aku tau mau mengalah.aku x puasa setengah hari.aku puasa penuh tapi dalam diam aku 'bukak periuk'.teknik2 aku' bukak periuk' tu berbagai2.semua aku cuba.kadang2 bila di ingatkan balik memang kelaka.tergelak sorang2 dibuatnya.

teknik pertama,aku pernah bawak seikat rambutan masuk bilik aku di atas.merah2 rambuta tu.kecur air liur aku masa tu dan masa aku tulis pos ni.kemudian satu2 aku makan.bila aku makan,aku yang terlalu smart ni buang kulit keluar tingkap.gelojoh sangat.nk berfikir dgn bijak pun tak reti dah.kemudian dengar suara ayah ku tegur dari bawah.

"man ape kulit rambutan terbang2 ni?"



teknik kedua,paling efficient bila dah nak hampir raya.masa tu mak dgn akak2 semua sibuk buat kuih raya.aku pun tolong sekali.dulu masa aku kecik kuih yang paling kami suka buat tiap2 tahun ialah kuih mazola dengan kuih kacang.tapi bila post mortem dibuat bila raya habis,kuih mazola paling cepat licin berbanding kuih kacang.peratusnya ialah 80% pada kuih mazola dan 40% kuih kacang.bermakna kemenangan berpihak kepada kuih mazola.err,tau ke kuih mazola?
kuih ni cuma kacang hancur dicampur dgn minyak mazola.mak aih masa jerawat belum naik dulu satu balang steady aku sental sorang.

ehh ya allah mane teknik "bukak periuk" budak sembilan tahun yang aku nk cerita ni.ok,semasa proses membuat 2 kuih ni lah aku gunakan kesempatan sebaiknya.semasa proses membuang kulit2 kacang ni lah waktunya.kacang tadi kulitnya aku masukkan ke dalam bakul tapi kacangnya aku masukkan ke dalam mulut aku dgn penuh berhati2.bila cukup 10 biji dan mulut pun dah penuh,aku pergi tempat lain dan kunyah.tapi sepandai2 tupai melompat jatuh juga ke atas wayar tnb.kakak aku dapat menghidu ape yang aku buat dan sudah tentu dapat menghidu bau kacang di dalam mulut aku.di jerkahnya aku.aku pun apa lagi,lari keliling rumah sambil x mengaku.




teknik ketiga,...dahla,penat nk manulis.aku akan sambung kemudian.sekarang aku nak pergi bazar.kalau lambat nanti nasi kukus akak ketiak seksi habis pulak.

1 comment: